Memperkenalkan seksyen khas untuk perisian sumber terbuka yang mampu mengubah persepsi khalayak tentang pesaing terhadap perisian komersial. Perisian sumber terbuka adalah alternatif terbaik berbanding perisian cetak rompak.
Bagi yang ingin mengubah lagu atau menjadi komposer segera, perisian ini boleh dikatakan stabil, ringkas serta senang untuk dikendalikan. Anda boleh merekodkan bunyian gitar, drum dan lain-lain lagi secara berasingan serta berkemampuan mengubah bunyian tersebut dengan kesan khas yang terbina dalam perisian tersebut seperti ‘echo’, ‘fade out’, ‘fade in’ dan banyak lagi. Cubalah hari ini!
Muat turun di siniĀ http://audacity.sourceforge.net/download/
Hydrogen Drum Kit
Bagi sesiapa yang ingin mencipta rentak gendang, perisian ini amat sesuai untuk anda. Terbuka untuk semua sistem, Windows, Macintosh dan juga Linux.
http://www.hydrogen-music.org/?p=download