Posted by: ahlongoz on: January 16, 2009
Mungkin demam pilihanraya semakin hangat melanda Terengganu ketika ini. Semua calon yang terlibat bekerja keras, bertungkus lumus menambat hati rakyat untuk menang. Propaganda, segala taktik bersih dan kotor, macam biasalah adalah suatu perkara yang mesti ada setiap kali pilihanraya berlangsung.
Negara kita bukan sepenuhnya negara Islam. Sistem pemerintahan negara kita masih menggunakan sistem pemerintahan British. Maka, pilihanraya negara kita juga seperti mereka juga. Dasar penjajah masih lagi digunakan di negara kita. Maknanya negara kita masih belum merdeka.
Posted by: ahlongoz on: December 29, 2008
2008 akan meninggalkan kita dalam masa 2 hari lagi. 1429H sudah pun meninggalkan kita dan 1430H telah muncul. Penghujung tahun ini telah menimbulkan pelbagai cerita; Palestin diserang lagi oleh Yahudi laknat, politik Malaysia kembali panas dengan macam-macam isu; hudud, ladang babi, hakmilik tanah, hina Islam…dan semua ini adalah satu permulaan yang baik atau sebaliknya bagi tahun 2009.
Kita tumpukan pada politik Malaysia dahulu, isu hukum hudud yang dianggap isu lapuk. Mungkin ianya bermaksud hukum hudud adalah hukum lapuk. Isu blog hina islam menjadi isu yang paling hangat kerna setiap hari dipaparkan dalam televisyen, radio dan suratkhabar. Kalau nak dikira dah berjuta laman web yang menghina Islam dalam internet.
Isu Palestin dibuli dihina Israel, apakah tindakan negara-negara Islam ketika ini? Lebih-lebih lagi negara-negara Arab yang berjiran dengan Palestin, saudara seagama tapi tutup kedua belah mata bila Palestin bergegar.
Nasib kaulah 2009, apa nak jadi, jadilah!!
Posted by: ahlongoz on: December 23, 2008
Apa sudah jadi dengan dunia sekarang? Sikit-sikit nak berperang, sikit-sikit masalah ekonomi dan kebuluran. Tak bolehkah duduk elok-elok diam-diam, jangan kacau orang. Nak maju pun, janganlah menyusahkan orang, ini tidak mesti ada saja cara nak pedajalkan orang.
Boleh tak negara kita keluar dari masalah dunia macam ini? Hmmm.. nampaknya macam tulah, negara kita masih membangun, baru nak maju. Tapi tengoklah keadaan negara kita sekarang, sikit-sikit politik, alih-alih cerita perpecahan bangsa dan kaum, kutuk sana kutuk sini, fitnah sana sini, runtuh sana runtuh sini, sudah terantuk baru nak terngadah.
Posted by: ahlongoz on: December 3, 2008
Masyarakat dunia masakini sudah memasuki satu zaman yang mana sepatutnya memudahkan kehidupan; zaman sains dan teknologi. Pada teorinya, memang ya (itu kata-kata ahli saintis dan pakar teknologi) tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks, teknologi yang disangkakan akan meringkaskan dan menyenangkan kehidupan telah menjadi satu alat yang canggih lagi merumitkan.
Manusia sudah hilang fokus. Fokus kepada matlamat hidup. Fokus kepada yang sepatutnya.
Posted by: ahlongoz on: November 26, 2008
Ramai orang Islam sekarang dah terpesong. Bak kata pepatah, ‘kuman diseberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’. Islam adalah agama yang lengkap akan tetapi hanya umatnya yang tak sedar dek kerana terlalu taksub dengan kemajuan dan pencapaian teknologi orang bukan Islam.
Bukan nak menyamakan dengan amalan ibadah Islam, tapi ibadah yang teragung ajaran Islam yakni SOLAT tak ramai yang tahu kelebihannya dan semakin diabaikan. Solat mengandungi 1001 macam faedahnya tapi ramai orang yang tak mahu melakukannya kerana ianya ajaran agama. Tidak ada bezanya dengan amalan yoga yang berkait rapat dengan agama Hindu, cuma diperbaharui atau dimodenkan agar dapat diterima oleh semua orang tanpa mengira agama.
Isu ini tak payahlah diperbesarkan, lebih-lebih lagi oleh orang Islam. Sendiri mahu ingat, tepuk dada, tanya IMAN.
Posted by: ahlongoz on: November 20, 2008
Dalam kitab Nostradamus, minyak petrol disebut sebagai emas hitam. Bagaimana si Yahudi ini dapat meramalkan kejadian yang ada pada hari ini? Mungkinkah syaitan yang membantu beliau? Waallahuaalam.
Apapun yang berlaku pada hari ini, waktu ini, zaman ini, di dunia ini semuanya berkisar pasal minyak petrol atau emas hitam ini. Asal naik je harga emas hitam ini, semua pun dah naik minyak, taukeh minyak, pekerja minyak, yang tak pakai minyak, yang jual minyak, yang tak suka berminyak. Asal naik je harga minyak, harga barang-barang pun turut naik. Angin rakyat pun sudah naik. “Apasal naik?”"Minyak dah naik, hantar barang naik lori mesti mau pakai minyak, jadi minyak naik, kos penghantaran barang naik, untung sudah turun, belum kira barang boleh laku atau tidak, kalau laku untung la, kalau tak rugi la, asyik rugi je lama-lama gulung tikar, bila dah gulung tikar aku takde kerja, bila dah tak ada kerja, aku mencuri rompak. Kalau aku orang baik tinggal kampung tanam sayur lagi baik.”
Kerajaan cakap, suruh, beri arahan lagi, peniaga-peniaga sila turunkan harga barang sebab harga minyak sudah turun. Ada orang peduli? “You ingat susah-susah orang boleh main-main ka? Ini hari naik, esok turun, lusa naik lagi. Gila ka apa? Ada kerja ka takda kerja?”
Posted by: ahlongoz on: November 16, 2008
Al-kisah jalanraya zaman sekarang sama seperti dahulu juga cuma lebih baik sedikit daripada zaman penjajah. Cakap pasal jalan tak boleh dipisahkan dengan POLITIK. Bila nak maju, kita akan bina jalan. Jalanraya baik atau tak elok itu lain cerita. Jalanraya sengaja dibiarkan rosak, biasanya dalam masa 5 tahun baru dibaiki. Dahulu jalanraya jadi isu utama ahli politik tapi kini tidak lagi tapi tetap dijadikan satu sebab jalanraya sengaja dibiarkan rosak.
Tak cukup dengan jalanraya yang ada sekarang, kerajaan sanggup membayar beribu-ribu bilion kepada kontraktor untuk bina lebuhraya (abang pada jalanraya). Dah dapat kontrak bilion, diambil pula duit rakyat sebab duit cukai jalan tak cukup untuk menampung kos belanja lebuhraya.
Jalanraya biasa lubang sana lubang sini, korek sana korek sini selalu ada ‘peningkatan naik taraf’ (yang banyak menyusahkan dari menyenangkan).
Posted by: ahlongoz on: November 12, 2008
Orang Malaysia sememangnya baik, peramah, berbudi bahasa dan boleh dikatakan ok berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. Orang Malaysia sudah bersedia untuk menjadi satu bangsa maju di negara maju. Kecuali satu lagi yang menjadikan Malaysia satu tempat ‘tak senonoh’ yakni TANDAS. Dimana-mana tempat, tandas merupakan satu tempat untuk membuang segala kotoran dalaman manusia tetapi kenapa harus mengotorkan tempat kita membuang kotoran? Biarlah kotoran kita itu yang kotor jangan pula pada tempat kita buang.
Di hotel, masjid surau, tandas awam, pejabat-pejabat, dan banyak lagi tempat yang punya tandas semuanya dalam keadaan yang tidak memuaskan; jijik, kotor, ngeri, geli..